• Laman Utama
  • Gubahan Kahwin
  • Gubahan Cenderahati
  • Gubahan Kraf
  • Tip Kreatif
  • Direktori Kreatif

Gubahan Cenderahati

  • Gubahan Bekas Telur

Pautan Luar

Who's Online

Kami ada 4 tetamu online

 

 

 

Sebilangan besar masyarakat melayu masih begitu berpegang teguh dengan adat resam. Fenomena seperti ini seharusnya diamalkan agar melayu tak luput di dunia. Dalam kemodenan dan perubahan taraf hidup masyarakat melayu kini, adat resam tidak seharusnya dilupakan kerana ia bakal meninggalkan kesan dalam kehidupan walaupun tanpa kita sedari. Begitu juga dengan adat resam perkahwinan yang harus dititik beratkan. Bagi mereka yang masih berpegang teguh kepada adat, setiap perkara perlu diteliti sebelum sesuatu majlis perkahwinan dilangsungkan. Bermula daripada adat merisik, hinggalah selesai majlis perkahwinan. Bermula daripada lafaz ijab dan qabul, hinggalah kepada pemberiah cenderahati perkahwinan sebelum hadirin bersurai. Seboleh-bolehnya biar tiada sedikit pun cacat cela yang dapat dihidu oleh para tetamu. Jangan nanti seperti kata pepatah rumah siap, pahat berbunyi. Bagi menebus kelemahan dan kekurangan sesuatu majlis perkahwinan, kebiasaannya tuan rumah akan mengagihkan cenderahati kepada tetamu sebagai tanda memohon maaf.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Pada zaman dahulu, bunga telur atau bunga pahar menjadi cenderamata yang simbolik dalam sesuatu majlis perkahwinan. Telur dipilih bagi melambangkan kesuburan. Sesuai dengan pasangan yang baru mendirikan rumahtangga dan diharap dapat mengembangkan keturunan. Berbeza dengan zaman sekarang. budaya ini seolah-olah telah dipinggirkan oleh sesetengah masyarakat. Kebanyakan dari kita memilih untuk menukarkan adat pemberian bunga telur kepada sesuatu yang lain. Dalam topik ini, Jarikreatif ingin berkongsi tentang idea-idea untuk mengekalkan adat pemberian bunga telur tetapi menggunakan konsep yang baru.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kita masih mempunyai pelbagai pilihan. Kita masih boleh memberikan telur kepada tetamu tanpa bunganya. Kini, pelbagai bentuk material yang boleh didapati di pasaran bagi menempatkan telur untuk diagihkan kepada para jemputan yang hadir. Contohnya seperti uncang telur, beg kertas, seramik kecik, bekas manik dan sebagainya. Sebagai pembukaan topik gubahan bekas telur, Jarikreatif ingin berkongsi dengan pembaca tentang bekas telur manik.Bekas telur manik kini sudah berlambak di pasaran dan memudahkan sesetengah dari kita untuk mendapatkannya bagi menggantikan penggunaan bunga telur. Dengan pelbagai warna, bentuk yang menarik dan juga saiz yang berbeza-beza. Pemberian bekas telur manik adalah amat praktikal bagi penggemar manik kerana bekas tersebut juga boleh dijadikan hiasan kerana bentuknya yang agak comel dan menarik.


 

Koleksi Pilihan

Banner
Koleksi Gubahan

Sponsor Ads

Poll Kreatif

Anda berminat dengan topik ...
 

Copyright © Jari Kreatif - informatif . kreatif . terkini 2009. All Rights Reserved.

Our site is valid XHTML 1.0 Transitional Our site is valid CSS