• Laman Utama
  • Gubahan Kahwin
  • Gubahan Cenderahati
  • Gubahan Kraf
  • Tip Kreatif
  • Direktori Kreatif

Gubahan Hantaran

  • Gubahan Dulang Cincin
  • Gubahan Sireh Junjung
  • Gubahan Sejadah
  • Gubahan Tuala
  • Gubahan Buah

Pautan Luar

Who's Online

Kami ada 4 tetamu online

Gubahan Buah Buahan 

Cinta semanis buah. Sesedap rasa namun tak pernah jemu. Hantaran buah-buahan adalah asas hantaran bagi sesuatu majlis pertunangan mahupun perkahwinan. Samaada buah-buahan tropika atau selainnya, terpulang kepada individu untuk membuat pilihan. Buah-buahan memberi gambaran tentang keaslian dan ketulenan. Aneka buah-buahan di pasaran dengan pelbagai warna dan rasa boleh di pilih mengikut citarasa sendiri. Kepelbagaian warna buah dapat membangkitkan keceriaan gubahan sesuatu hantaran buah.

 

 

Kesegaran rona hijau ditonjolkan di dalam edisi yang pertama ini. Penggunaan warna hijau amat sepadan dengan gubahan hantaran buah kerana kebanyakan buah-buahan yang digunakan berasal dari pohon berdaun hijau dan sekaligus dapat mengekalkan keasliannya dari sudut pandangan mata. Kombinasi tropika dan sub-tropika menggambarkan keperibadian mempelai yang masih serasi dengan adat resam melayu namun tidak juga ketinggalan dalam kemodenan kini. Kepelbagaian warna buah disusun rapi ibarat warna liku-liku kehidupan yang bakal dilalui mempelai di alam rumahtangga. Bunga sudut selari impian pasangan yang inginkan kebahagiaan bersama.

  

 

Koleksi Pilihan

Banner
Koleksi Gubahan

Sponsor Ads

Poll Kreatif

Anda berminat dengan topik ...
 

Copyright © Jari Kreatif - informatif . kreatif . terkini 2009. All Rights Reserved.

Our site is valid XHTML 1.0 Transitional Our site is valid CSS