Gubahan Cenderahati
Pautan Luar
Who's Online
Kami ada 4 tetamu online|
Kini, terdapat pelbagai bentuk cenderahati kahwin yang ekslusif di pasaran dengan pelbagai peringkat harga. Kepelbagaian jenis, warna dan corak yang memikat juga dapat dipadankan dengan tema sesuatu majlis perkahwinan. Diantara barang-barang yang selalu dijadikan sebagai cenderahati buat tetamu adalah seperti gubahan tuala kecil, bunga telur, pasu kecil, kotak buloh, lilin wangi, kek cawan dan juga gubahan sudu dan garpu. Kebiasaannya cenderahati akan diagihkan oleh wakil tuan rumah kepada tetamu apabila tetamu ingin meninggalkan majlis. Akan tetapi ada juga yang mengagihkannya terus ke meja makan tetamu apabila tetamu duduk dan ini bertujuan untuk memastikan semua tetamu mendapat cenderahati tersebut. |


Adat tetamu, bertandang. Adat tuan rumah, merai. Sudah kebiasaan masyarakat melayu kini, menghulur cenderahati perkahwinan untuk tetamu yang hadir di hari perkahwinan sebagai tanda terima kasih kerana sudi memenuhi jemputan. Semahal atau semurah mana harganya mungkin tidak menjadi persoalan kerana ianya cuma sebagai tanda ingatan dari pengantin. Namun demikian, semuanya terpulang kepada kemampuan individu itu sendiri. Bagi pengantin yang sibuk bekerja mungkin memilih untuk membeli sahaja cenderahati yang telah siap dan mempunyai banyak pilihan yang boleh didapati di pasaran. Akan tetapi ramai juga yang lebih suka membuatnya sendiri bagi mendapatkan kepuasan dalam menguruskan hari terbahagia yang mungkin cuma datang sekali dalam seumur hidup.