Gubahan Kraf
Pautan Luar
Who's Online
Kami ada 5 tetamu online|
![]() Bila bercakap tentang kraf atau nama panjangnya kraftangan, sesetengah dari kita mungkin akan terbayang barangan yang diperbuat daripada rotan, mengkuang, batik atau mungkin ukiran kayu. Hakikat sebenarnya, dunia kraf adalah cukup luas. Kraf adalah sesuatu yang artistik dan mempunyai daya tarikan dan proses menyediakan kraf ini hendaklah sebahagiannya atau sepenuhnya bergantung kepada kemahiran tangan. Hasil kraftangan juga tidak semestinya digunakan sebagai hiasan atau hadiah semata-mata malahan produk kraft juga sebahagiannya boleh digunakan untuk kegunaan harian. Dewasa ini, pelbagai jenis kraftangan dapat dilihat di pasaran. Bila dikaitkan Kraftangan dengan perkahwinan, pelbagai fungsi kraf dapat kita lihat.Di antaranya, kraf boleh digunakan sebagai hiasan dalam majlis persandingan. Kraftangan yang kecil dan comel boleh dijadikan sebagai cenderahati daripada pengantin buat hadirin yang bertandang. Sebahagiannya juga boleh dijadikan hadiah buat si pengantin. Pelbagai pilihan kraftangan yang sesuai boleh dijadikan sebagai cenderahati ataupun hadiah di hari perkahwinan. Antaranya ialah seperti gubahan album, gubahan bingkai gambar, barangan daripada manik seperti beg tangan manik, kotak tisu manik, pasu manik dan sebagainya. Lukisan juga adalah salah satu seni yang boleh dimasukkan dalam kategori kraf.
Untuk ruangan gubahan kraf, Jarikreatif tidak akan hanya bercakap melalui aspek perkahwinan semata tetapi kami akan berkongsi idea-idea dengan pelawat kami tentang pelbagai jenis gubahan kraf yang menarik dengan pelbagai kegunaan. Oleh itu, anda dialu-alukan untuk melayari ke ruangan tajuk-tajuk kecil kraf kami untuk mendapatkan idea bagi gubahan kraf anda.
|