Gubahan Kraf
Pautan Luar
Who's Online
Kami ada 4 tetamu online|
![]() ![]() Kraftangan yang dihasilkan dengan menggunakan manik amat popular di Sarawak sejak berzaman lamanya. Bahkan telah menjadi satu tradisi yang unik bagi masyarakat etnik sabah dan Sarawak. Namun demikian, pernggunaan manik sebagai perhiasan kini tidak tertumpu kepada masyarakat Sabah dan Sarawak sahaja malahan sudah menular di segenap negeri dalam Malaysia. Ianya umpama satu “Trend” yang mampu memikat hati remaja mahupun masyarakat dewasa. Bukan sahaja sebagai perhiasan diri malahan manik juga dapat dijadikan sebagai perhiasan rumah. Pelbagai jenis dan bentuk perhiasan boleh dihasilkan dengan menggunakan manik. Apa yang penting hanya kreativiti, kesabaran dan kerajinan dalam menghasilkannya. Untuk menghasilkan sesuatu gubahan atau perhiasan yang menarik dan kreatif, ada beberapa faktor yang perlu dititikberatkan. Diantaranya adalah faktor pemilihan warna, jenis manik yang digunakan dan juga bentuk atau corak yang bersesuaian. ![]()
Pertamanya, Jari kreatif ingin membincangkan tentang faktor pemilihan warna. Seperti semua sedia maklum, warna kegemaran bagi setiap individu adalah berlainan. Ada yang menggemari warna-warna lembut dalam berfesyen dan tidak kurang juga yang menggemari warna-warna garang dan berani. “Berfesyen” di sini bukan hanya merujuk kepada diri individu malahan juga kepada perhiasan rumah. Namun demikian, bagi gubahan manik untuk perhiasan rumah haruslah sepadan dengan tema warna perhiasan lain di dalam rumah. Kombinasi warna juga bergantung kepada pandangan individu. Akan tetapi, nasihat daripada Jari Kreatif, jangan terlalu banyak menggunakan warna kontra. Ia akan menyebabkan gubahan atau perhiasan tampak berserabut. 1 per 4 adalah nisbah kontra maksimum yang ideal bagi sesuatu gubahan manik. Akan tetapi, lain pula ceritanya apabila menghasilkan gelang tangan manik. Seelok-eloknya padankan dengan warna pakaian supaya ia tidak kelihatan janggal. ![]()
Beralih pula kepada jenis-jenis manik yang sesuai digunakan. Lazimnya, manik-manik yang berkilat, berkilau atau telus cahaya biasanya akan membuat gubahan tampak lebih esklusif. Namun demikian, tidak salah menggunakan manik biasa. Cuma, apa yang perlu diberi perhatian ialah cara penyusunannya. Seelok-eloknya, tambahkan sedikit manik yang berkilat di sesetengah sudut bagi menaikkan seri gubahan. Tentang pemilihan corak pula, juga bergantung kepada minat individu. Bagi membentuk corak inilah penggunaan warna kontra diperlukan. Ianya bertujuan menimbulkan corak yang dihasilkan. Bagi individu yang menggemari sesuatu yang ringkas, corak geometri adalah lebih sesuai. Pelbagai corak geometri seperti segi empat, hexagon, bulat, segitiga dan sebagainya dapat dibentuk. Susunannya perlu kemas bagi mencantikkan dan menjadikannya menarik. Bagi yang menginginkan sesuatu yang lebih beremosi, susunan manik membentuk sesuatu seperti bunga, rama-rama adalah lebih tepat. Untuk corak-corak lembut seperti ini, warna-warna lembut adalah lebih sesuai dibandingkan dengan penggunaan warna-warna garang. ![]()
Sebagai topik pertama di sudut “Gubahan Kraf” ini, Jari Kreatif menampilkan beberapa contoh kraft yang boleh dihasilkan dengan menggunakan manik. Di antaranya ialah Pasu Bunga, Sarung Kotak Tisu, Beg tangan, Beg Syiling, Bekas Telur, Bekas bunga rampai dan juga gelang manik. |






