Gubahan Hantaran
Pautan Luar
Who's Online
Kami ada 5 tetamu online|
Untuk edisi kali ini, Jarikreatif ingin mengenengahkan konsep gubahan hantaran sejadah tradisional yang masih di dalam kategori yang tidak ketinggalan zaman. Singgahsana kasih buat merpati dua sejoli dihiasi kuntum-kuntum mekar sebagai peneman bagi menceriakan lakaran cinta. Tona warna yang sepadan membangkitkan lagi kemeriahan.Sejadah yang digubah membentuk sofa kini sudah jarang dilihat di mana-mana majlis perkahwinan atau pertunangan. Mungkin juga kerana cara gubahan hantaran sejadah ini sedikit cerewet. Akan tetapi, bagi penggemar gubahan seperti ini, hal sedemikian bukanlah menjadi satu masalah.
Lilitan riben hijau muda disekeliling gubahan sofa sejadah sepadan dengan warna sejadah yang digunakan. Jambangan bunga pada satu sudut hadapan gubahan sofa sejadah dapat membangkitkan keceriaan gubahan disamping menaikkan serinya. Penggunaan riben yang berjuntai juga bertujuan supaya gubahan tidak nampak kaku. |

Sejadah sebagai lambang cinta yang tulus, juga simbol kasih sejati yang bukan sekadar berlandaskan nafsu semata-mata. Sebagai tanda tanggungjawab kepada yang esa yang tetap perlu diteruskan walaupun selepas mendirikan rumahtangga. Walau bagaimanapun, meletakkan gubahan sejadah sebagai salah satu barangan hantaran bukanlah perkara yang wajib. Apa-apa sahaja yang dianggap mempunyai nilai tidak kira dari sudut apa ia dinilai, boleh dijadikan sebagai barang hantaran.


