Gubahan Hantaran
Pautan Luar
Who's Online
Kami ada 7 tetamu online|
Bercerita tentang gubahan hantaran sirih junjung atau gubahan daun sirih, pelbagai bentuk dan rupa dapat dilihat dewasa ini di sesuatu majlis pertunangan mahupun perkahwinan. JariKreatif juga ingin mengambil kesempatan untuk berkongsi idea dengan memperkenalkan beberapa koleksi sirih junjung dari masa ke semasa. Merak rimbun, itulah nama sirih junjung gubahan Jarikreatif yang ingin dikongsi untuk edisi pertama ini. Sesuai dengan konsep merak, kombinasi bungaan hutan dan pandan dipilih bagi menyiapkan gubahan sirih ini. Tumbuhan ini juga mudah didapati di kawasan kampung dan dapat menjimatkan kos pembuatan sirih junjung. Beberapa jenis bunga rumput kecil diselitkan di antara celaha-celahan bunga bagi membangkitkan keserian gubahan.
|


Tidak sempurna rasanya jika tiada kehadiran sirih junjung dalam sesuatu adat perkahwinan. Jika dulu tepak sirih, kini kebanyakannya sirih junjung pula mengambil tempat sebagai ketua segala hantaran. Namun begitu di sesetengah negeri, tepak sirih masih utuh sebagai adat di sesuatu majlis perkahwinan. Tepak sirih mahupun gubahan sirih junjung menjadi adat yang tak lapuk ditelan zaman. Selain penyeri majlis, ia juga ibarat simbol utama budaya masyarakat melayu yang unik sejak berabad lamanya. 


