• Laman Utama
  • Gubahan Kahwin
  • Gubahan Cenderahati
  • Gubahan Kraf
  • Tip Kreatif
  • Direktori Kreatif

Tip Kreatif

  • Tip Gubahan Hantaran

Pautan Luar

Who's Online

Kami ada 7 tetamu online

Tip Gubahan Hantaran 

Tip Gubahan Sireh 

Terpulang kepada individu untuk membuat pilihan samaada menggunakan daun sirih plastik ataupun daun sirih sebenar dalam menggubah sirih junjung. Akan tetapi, daun plastik biasanya akan membuatkan gubahan sirih junjung kelihatan mati. Tidak berseri seperti sirih yang sebenar.

Akan tetapi, bagi pasangan (lelaki) yang tinggal berjauhan dari kediaman keluarga bakal pasangan hidupnya, daun sirih yang sebenar bukanlah cadangan yang ideal. Ini kerana daun sirih tidak dapat bertahan lama. Bimbang ianya akan layu sebelum rombongan sempat tiba ke tempat yang dituju.

Bagi daun sirih yang tulen, sapuan minyak masak ataupun minyak zaitun mampu menaikkan seri sireh. Ia juga membantu dalam proses melipat daun sirih.

Gunakan peniti yang sesuai. Peniti yang mempunyai kepala adalah lebih sesuai bagi mengelakkan lipatan daun dari terurai kerana daun adalah sejenis bahan yang mudah terkoyak.

 

Tip Gubahan Buah

Untuk gubahan buah-buahan, warna buah perlu ditonjolkan bagi menaikkan seri gubahan. Sapuan minyak masak atau minyak zaitun pada buah akan menjadikan buah kelihatan berkilat dan warnanya lebih menyerlah.

Susunan buah perlulah menampakkan kontra. Contohnya, warna berlainan untuk setiap sudut. Ini akan menjadikan gubahan kelihatan lebih menarik dan berwarna-warni.

Bagi bakul buah yang berbentuk segi empat, hiasan bunga perlu perpada-pada. Bunga yang terlampau banyak akan membuatkan gubahan kelihatan terlalu semak. Seelok-eloknya, gunakan satu atau dua penjuru sahaja untuk hiasan bunga. Sekiranya ingin menggunakan dua penjuru, pastikan penjuru ke-dua hanya dihias dengan hiasan yang kecil sahaja. Penjuru ke-dua perlu bertentangan dengan yang pertama.supaya gubahan lebih seimbang.

Bagi bakul buah yang bertangkai, bunga biasanya diletakkan dibahagian tangkai yang bercantum dengan bakul. Biasanya bunga besar atau dekorasi bunga yang banyak diletakkan di satu bahagian sahaja manakala di sebelah lagi cuma dekorasi yang ringkas. Lilitan bunga halus di bahagian tangkai juga akan membuatkan gubahan kelihatan lebih menarik.

Bunga-bunga kecil diselitkan di celah-celah susunan buah bagi menutup ruang yang agak besar diantara buah. Ini bertujuan menutup cela gubahan dan mencantikkan lagi gubahan.

Bunga atau manik halus bertangkai panjang di susun bagi menambah kemeriahan gubahan.

Bakul buah dililit dengan menggunakan ropol bagi mengelak daripada bakul kelihatan terlalu kosong.

 

Tip Gubahan Tuala

Pelbagai jenis gubahan boleh dibuat menggunakan tuala. Samaada gubahan yang menyerupai sesuatu bentuk ataupun gubahan ringkas yang lebih kelihatan moden.

Gubahan tuala yang berbentuk topi, selipar, bunga dan beg tangan biasanya digubah sebagai hantaran daripada pihak lelaki kepada pihak perempuan. Manakala gubahan yang ringkas pula adalah sebaliknya.

Tuala yang berwarna lembut akan kelihatan lebih menarik berbanding tuala yang berwarna garang. Akan tetapi warna yang dipilih hendaklah bersesuaian dengan tema hantaran.

Bagi gubahan yang memerlukan tapak sokongan, tapak alas yang bersesuaian adalah amat penting bagi menyokong gubahan daripada tumbang.

Polisterin adalah salah satu bahan yang sesuai untuk dijadikan tapak sokongan. Saiz polisterin juga perlu sesuai dan perlu lebih besar daripada tapak gubahan.

Untuk gubahan tuala yang berbentuk beg tangan, seelok-eloknya gunakan tuala yang mempunyai corak kaki yang berlainan untuk membezakan penutup beg dan badan beg.

 

Koleksi Pilihan

Banner
Koleksi Gubahan

Sponsor Ads

Poll Kreatif

Anda berminat dengan topik ...
 

Copyright © Jari Kreatif - informatif . kreatif . terkini 2009. All Rights Reserved.

Our site is valid XHTML 1.0 Transitional Our site is valid CSS